Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..Sedar tidak sedar sudah masuk minggu ke-4 saya mengikuti kelas Muzik Tradisonal Malaysia. Pelbagai pengalaman menarik yang saya peroleh sepanjang saya berada di minggu ke-4. Setelah selesai menyiapkan soalan berdasarkan video pada minggu ke-3, kuliah diteruskan lagi dengan pengisian yang lebih terperinci dan bermakna iaitu pengenalan kepada Muzik Wayang Kulit. Fokus utama yang diberi penekanan dalam muzik Wayang Kulit ini ialah jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang kulit, dan perbezaan antara wayang kulit.
Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi masyarakat itu. Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenanjung Malaysia iaitu :
i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas kepada pengaruh Patani). ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh Jawa) iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu tempatan). iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu loghat tempatan).
Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat Semenanjung. Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian.
Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya boleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting.
Wayang Kelantan dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epic Ramayana tradisi India. Ukiran hiasan patung-patung wayang ini menunjukkan banyak persamaan dengan patung-patung Patani. Ia diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di atas kenderaan. Dari segi pergerakan mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain. Alat-alat muzik wayang tersebut terdiri dari sebatang serunai, sepasang gedombak, sepasang geduk, sepasang gong (tetawak), sepasang kesi, sebiji mong dan canang. Bahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani.
Wayang Kulit Melayu pula terdapat di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bilangannya amat terhad. Cerita Wayang Melayu berdasarkan episod-episod dari epik Mahabharata, terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita Panji. Dari segi pergerakan, ia menunjukkan persamaan dengan wayang purwo iaitu boleh digerakkan kedua-dua belah tangan patung. Patung wayang ini senanguntuk dikenalpasti mengikut kedudukan kepala. Patung berwatak baik biasanya menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecil serta elok. Patung berwatak kasar dan sombong lazimnya berhidung besar serta mendongak ke atas. Alat muziknya terdiri dari sebatang rebab, enam biji canang, dua biji gong besar, satu biji mong, dua biji gendang dan sepasang kesi. Cerita ini disampaikan dalam bahasa Jawa di samping diselitkan dialek Melayu tempatan.
Wayang Gedek tersebar di bahagian Utara Pantai Barat Malaysia, terutamanya Kedah dan Perlis. Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu dan juga Siam tempatan. Ia dipercayai berasal dari sejenis wayang kulit siam yang dikenali sebagai Nong Talung dan sebab inilah patung serta alat muziknya mahupun corak paluannya mirip Siam. Isi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung. Walau bagaimanapun, berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini yang menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. Cerita Wayang Gedek banyak diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini. Secara umumnya, ia menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segi ukiran, pakaian, hiasan dan seumpamanya. Patung-patung wayang ini diukir mengadap ke hadapan. Alat muzik wayang ini terdiri daripada sepasang gedombak, sepasang gong, sepasang kerincing, sebiji geduk dan sebatang serunai. Biasanya wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam mahupun dialek Melayu Kedah.
Manakala Wayang Purwo terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dan dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa. Cerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epic Mahabharata India. Begitupun, ceritanya tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji. Secara keseluruhan patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan. Perbezaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung, iaitu mata Jaitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat dan mata prebes untuk watak pertapa. Alat Muzik wayang purwo berbeza dengan wayang lain kerana terdiri dari sebiji gong besar (agong), sebiji gong suwukan, satu set gambang, lima biji kempul, lima biji kenong, dua set gonder, satu slentem, satu set saron, satu set peking (saron penerus), satu set ketok/kompang, satu batang rebab dan satu biji gendang. Oleh itu, nada yang mengiringi persembahan wayang ini juga berlainan. Wayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa namun dialek Melayu tempatan juga diselitkan dalam dialog cerita.
Perbezaan yang terdapat antara setiap jenis wayang kulit adalah dari segi bentuk, muzik wayang kulit dan dalang. Patung dari jenis wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai kedua sendi tangan dan dapat digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantan hanya sendi sebelah hadapan patung itu sahaja yang digerakkan. Watak patung-patung utama dalam wayang kulit Kelantan selalunya dikemukakan terletak di atas satu rupa kenderaan kenaikan seperti naga, ular dan buaya. Sebaliknya, ciri ini tidak terdapat dalam patung-patung wayang kulit Jawa. Hampir keseluruhan patung wayang kulit dipersembahkan dalam kedudukan mengiring. Hanya patung wayang gedek sahaja yang terdapat patungpatungnya dibentuk berhadapan. Pada keseluruhannya hampir semua patung-patung wayang kulit yang berpengaruh Jawa dan Thai mengekalkan ciri-ciri asalnya dari segi pakaian, tudung kepala dan peralatan-peralatan senjata tetapi di mana terdapat watakwatak tempatan di dalam cerita segala ciri-ciri tempatan digunakan. Sebagai contohnya watak-watak tempatan seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko (wayang Kelantan); Semar dan Cemuras/Turas (wayang Melayu) bukan sahaja melambangkan perwatakan tempatan tetapi pembentukan patungnya juga terkeluar dari kelaziman pembentukan patung-patung yang lain. Wayang Kelantan dan wayang gedek adalah diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan dan sebatang serunai. Wayang Melayu pula diiringi oleh kumpulan muzik paluan tradisional dan rebab manakala wayang purwo diiringi oleh satu kumpulan gamelan. Semua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantu oleh dua orang yang dipanggil pengantin melainkan dalam wayang gedek
Pada pendapat saya, Wayang kulit sebagai teater tradisional adalah pancaran hati dan perasaan masyarakat Melayu tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai alat hiburan, tetapi yang lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi dan konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu. Walaupun pandangan masyarakat Melayu telah berubah kini dalam sistem kepercayaan dan nilai budayanya, namun pengaruh dan keyakinan mereka masih lagi menular dalam bentuk yang lain pula, iaitu berubah kepada nilainilai individualistik akibat pengaruh budaya barat.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
Jurnal Refleksi: Minggu ke 14
-
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En.
Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
Jurnal Refleksi: Minggu ke 14
-
Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En.
Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada
minggu k...
JURNAL REFLEKSI MINGGU 14
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah
14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik
tradisiona...
Jurnal Refleksi : Minggu 14
-
Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas
SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu
menye...
MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita,
En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14
dan mi...
Reflesksi Keseluruhan
-
Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai
reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam
kuliah-kuli...
Minggu 11 : Jurnal Refleksi
-
Assalamualaikum....
Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk
Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
JURNAL REFLEKSI
-
Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan
menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang
terhasil ada...
BIODATA
-
NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI
NO.MATRIK : D20072031485
PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN
KUMPULAN : A
SEMESTER : 6
SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
Minggu 14: Jurnal Refleksi
-
*Salam Warisan...Salam Permai Bumi Tuhan...*Jurnal Refleksi pada minggu
terakhir ini adalah berkaitan tajuk kuliah yang disampaikan oleh pensyarah
iaitu...
JURNAL MINGGU KE-14
-
Tarian singa, pada minggu ke 14 vkita telah diajar mengenai tarian singa
dalam budaya masyarakat cina, dalam masyarakat cina tarian cina selalunya
dimainka...
refleksi jurnal : minggu ke 14
-
Salam Lembaran minggu ke 14
Di kuliah ini kami ditunjuk dan dipersembahkan berkaitan suatu kesenian
yang berkisarkan tentang tarian singa.Tarian ini adalah...
MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah En Amran dan
rakan-rakan sekalian. Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke akhir kuliah
Mu...
Minggu 13 : Jurnal Refleksi
-
Salam Sejahtera kepada semua warga SMP 2252. Jurnal refleksi ini merupakan
jurnal yang terakhir untuk kursus ini. Dalam minggu yang terakhir ini,
tajuk yan...
Minggu 13 : Jurnal Refleksi Terakhir
-
Ini merupakan minggu terakhir bagi kelas SMP 2252 Muzik Tradisional. Saya
yakin bahawa semua pelajar dalam kelas ini berasa sedih kerana kela ini
telah pun...
Minggu ke-13 : Jurnal Refleksi
-
Salam Sejahtera saya ucapkan.........................................
Dalam kuliah minggu ini, kami diperkenalkan dengan tarian singa yang
berasal dari tra...
MINGGU 14 REFLEKSI JURNAL
-
Assalamualaikum w.t.b…
Sampai sudah kita di penghujung kuliah. Walaupun terpancar rasa gembira
pada wajah pelajar SMP2252 tetapi perasaan sedih tidak dapa...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Sedar atau tidak kita sudah sampai ke minggu ke 14, ini bermakna ini adalah
minggu terakhir dan selepas ini, kami semua akan menduduki perperiksaan
akhir. ...
JURNAL REFLEKSI: MINGGU KE TIGA BELAS
-
Salam Sejahtera..
Subjek muzik tradisional Malaysia merupakan satu subjek yang memberikan
banyak pengetahuan tentang bidang muzik tradisional. Disamping pe...
MINGGU 13 ;JURNAL REFLEKSI
-
Assalammualaikum dan salam perpisahan buat rakan-rakan blog...
Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ketiga belas dan
ternyata minggu ini m...
RUMUSAN KULIAH
-
Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Kini telah tiba waktu perpisahan antara semua pelajar SMP 2252 Muzik
Tradisional. Saya yakin dan percaya pasti r...
Minggu 14: Jurnal Refleksi
-
Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat
rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran
Aris
Pertamanya ...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu terakhir yang mengajak
saya untuk mengulas mengenai keseluruhan ta...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 14
-
Salam satu Malaysia semua...
Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru
saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seperti...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13
-
Salam 1 Malaysia..Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada
semester ini. Kita telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama 14
ming...
Minggu 13: Jurnal Refleksi Keseluruhan
-
Assalamualaikum w.b.t
Kuliah terakhir pada minggu tersebut adalah mengenai tarian Singa. Tarian
ini sangat comel bagi saya kerana kostum singa yang digunak...
Minggu 13: Jurnal Refleksi
-
Selamat sejahtera......
Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada semester ini. Kita
telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama ...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan seperjuangan dan
pensyarah yang disayangi.Pada minggu ini merupakan minggu yang terakhir
kuliah bagi...
Jurnal Refleksi : minggu 13
-
salam... minggu ini merupakan minggu terakhir sesi pembelajaran pada
semester ini. terlalu pantas masa berlalu. saya berasa sangat
seronokksejaki kerana da...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Salam satu Malaysia semua...
Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru
saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seper...
MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalamualaikum wbt
Setelah 14 minggu menghadapi kuliah muzik tradisional ini akhirnya
sampailah di penghujung kuliah. Walaupun ada diantara kelas saya yan...
Jurnal Refleksi Minggu Ke 14
-
Pada minggu ini saya berasa sedih sekali kerana ini adalah kuliah terakhir
kami bersama En amran. Pada pandangan saya kelas ini memerikan informasi
yang ba...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 14
-
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada semua..
Di hari terakhir kuliah kami..saya rasa saya bakal rindu akan setiap
kenangan dan pembentangan d...
0 comments:
Post a Comment