Thursday, August 19, 2010

Minggu 6 : Jurnal Refleksi



Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...

Sedar tidak sedar sudah 10 hari umat Islam berpuasa.Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya, sy masih berpeluang untuk berkongsi segala isi pelajaran yg sy peroleh sepanjang berada dalam kelas muzik tradisional pada minggu ke 6. Untuk edisi kali ini, sy telah diperkenalkan dengan satu lagi muzik tradisional iaitu Mak Yong dan Kompang. Sy tidak kekok apabila mendengar dua perkataan ini kerana secara jujurnya sy pernah melihat dan menyaksikan sendiri muzik ini dimainkan. Cuma apa yg kekok bagi sy ialah esembel yg digunakan dalam Mak Yong dan pengalaman ketika bermain sendiri kompang dalam kelas.




MAK YONG

Definisi dan sejarah

Mak Yong terdapat di istana raja Melayu Pattani di selatan Siam lebih kurang 400 tahun dahulu dan kemudian berkembang ke Kelantan. Di Kelantan pula permainan ini telah wujud sejak 200 tahun dahulu. Menurut orang-orang tua permainan Mak Yong ini ada sejak sebelum Long Yunus memerintah Kelantan.
Timbul perkataan Mak Yong ini berasal dari cerita tentang anak raja. Ada seorang Raja Siam kemudiannya berkahwin. Hasil perkahwinannya dengan permaisuri Baginda di kurniakan seorang Puteri, Puterinya itu sukakan anjing.Lalu kemudiannya Raja tersebut memberikan patung anjing untuk di buat permainan. Setelah permaisuri itu besar dia tidak lagi sukakan pada patung anjing yang di hadiahkan oleh Ayahandanya itu, malahan ia mahukan anjing yang benar ( hidup ). Kehendaknya diikuti oleh ayahandanya it, tidak berapa lama kemudian terdengar khabar Puteri itu hamil dan mengikut cerita kehamilan Puteri itu adalah hasil perbuatan sumbang Puteri dengan anjing tersebut. Setelah peristiwa itu, diketahui oleh Sultan, Baginda menitahkan agar anjing itu dibunuh.
Setelah dibunuh anjing itu di tanam dan kemudiannya Puteri dapat tahu dimana anjing itu di tanam dan kemudiannya Puteri itu menggali semula kubur anjing itu dan mengambilnya semula rangka anjing itu. Oleh kerana terlalu kasihan pada Puterinya maka Raja kemudiannya menbuat satuu alat bunyian daripada kepala anjing itu untuk menghiburkan hati anaknya. Alat itu kemudiannya dipanggil Rebab. Alat inoi merupakan alat yang paling penting dalam permainan Mak Yong.
Puteri itu amat gembira memperolehi alat itu. Semasa alat bunyian dibunyikan ia diiringi oleh penyanyi dan tarian dayang-dayangnya. Maka dari sinilah bermulanya apa yang di panggil Mak Yong iaitu permainan yang melibatkan tarian dan nyanyian oleh dayang-dayang istana. Barangkali permainan ini berkembang ke Kelantan dan ini tidaklah menghairankan kerana kelantan amat dekat dengan Siam. Cerita ini mungkin terjadi di istana Raja melayu di Pattani memandangkan di sana juga ada permainan Mak Yong Sejas dahulu lagi.
Selain itu, ada pendapat mengatakan Mak Yong berasal dari kisah 2 orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Pada masa menjaga lembunya mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas pokok-pokok kayu di sekitar padang itu. Gerak-geri dahan, liuk-lintuk ranting, lambayang ranting dan lambayang daun serta gaya daun luruh berguguran ke bumi amat mengagumkan mereka dan inilah yang mewujudkan main Mak Yong.
Wersi lain pula mengatakan bahawa Mak Yong wujud dari unsure Magis dan ritual sebagaimana yang terdapat dalam upacara-upacara tertentu seperti pada zaman animisme. Antara upacara itu adalah memuja mak Hiang atau semangat ibu yang sentiasa menjaga semangat padi dan pemujaan ini kemudiannya berubah menjadi permainan Mak Yong.
Selain itu juga, ada pendaapat pula yang menyatakan bahawa Mak Yong ini berasal dari perlakuan 3 orang anak-baranak iaitu Paak Yong, yang bernama Cik Mubin, Mak Yong dann anaknya Awang. Pada suatu hari rebut melanda, Cik Mubin, Mak Yong dan Awang berada di bawah pokok besar. Pada masa itu daun-daun kering dan ranting-ranting rapuh jatuh berguguran kearah mereka anak-beranak. Cik Mubin atau Pak Yong cuba menahan ranting-ranting tadi dari menimpa ke atas mereka anak-beranak. Telatah 3 beranak itulah yang mewujudkan permainan Mak yong.





Alat Muzik dalam permainan Mak Yong

Muzik merupakan unsur penting dalam permainan Mak Yong, ini kerana setiap pergerakan setiap watak dalam cerita Mak Yong adalah berdasarkan bunyian muzik.
Kesinambungan Kumpulan muzik Mak Yong yang lengkap akan mengandungi alat-alat:
- Rebab
- Gendang ibu dan anak
- Geduk ibu dan anak
- Gong ibu dan anak
- Serunai
- Gedombak ibu dan anak
- Canang
- Kesi

Biasanya kumpulan muzik Mak yong tidak akan ada ke semua alat muzik yang di sebutkan tadi, tetapi sekurang-kukurangnya mengandungi alat-alat muzik seperti berikut:
- Rebab
- Gendang ibu dan anak
- Sepasang gong ibu dan anak
- Serunai

Ahli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan Tok Minduk duduk mengadap ke arah matahari jatuh. Ia memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 rentak yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Tok Minduk akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik.
Di dalam nyanyian suara dan rebab menyelenggarakan melodi, gendang dipukul bertingkah dan gong menandakan rentak atau bilangannya. Dalam Mak Yong serunai akan hanya dimainkan pada adegang-adegang puncak atau perang.

Tetawak atau gong
Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.

Gendang
Kedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.

Canang
Sepasang canang ibuu dan anak diperbuat dari tembaga. Terdapat juga canang anak dan ibu yang sama besar juga yang berbeza dari segi saiz. Canang ini dibezakan besar atau tidak berdasarkan dari segi bunyian sahaja. Sekiranya bunyi itu kuat ia dinamakan canang ibu dan sekiranya bunyinya rendah ia dikenali canana anak.

Kesi
Kesi mempunyai 2 bahagian, piring dan kicah ianya terdiri 4 piring atau 2 kicah. Ianya diperbuat dari besi atau tembaga. Ada juga kesi terdiri dari 2 piring dan 1 kicah. Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali.

Serunai
Serunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya.

Rebab
Rebab boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitui pucuk rebung, batang ,muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat 1 lubang luas 1 inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan ‘’ susu ‘’ atau ‘’ tetek ‘’. Fungsinya ahíla untuk mengembangkan tekanan udara atau sira. Pada masa dahulu tali rebab dio buat dari benang kasar tetapi sekarang menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola. Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Rebab merupakan alat muzik yang utama dalam permainan Maak Yong kerana rebablah yang menentukan tinggi rendahnya suara pemain Mak Yong menyanyi.




Pakaian pelakon Mak yong

Dalam satu-satu persembahan Mak Yong tidak memerlukan prop tetapi pakaian watak-watak adalah lengkap dan mahal harganya. Watak-watak penting dalam Mak Yong Muda diberikan nama khas dan setiap watak mempunyai pakaian lengkapnya sendiri walaupun untuk apa cerita sekalipun. Pakaian Mak Yong Muda hádala sama. Kedua-duanya memakai setanjak atau mahkota diperbuat dari balde khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Beberapa kuntum melur. Beberapa ikat bunga melur digantung pada atas telinga kiri.
Seabad yang lalu, Mak Yong Muda ( Watak Utama) memakai setangan batik dan 7 ulas ikatan bunga melur berjuntai dari telinga kiri. Lebih awal dari itu pakaian Pak yong Muda dipengaruhi gaya mempelai-mempelai diraja Patán dengan memakai setanjak yang diperbuat daripada sutera kuning dan dihiasi dengan bunga-bunga emas yang digantung pada rantai-rantai emas terjuntai di telinga kiri. Setanjak Pak Yong Tua dihiasi lebih indah daripada warna yang lebih tua.
Kedua-dua Pak Yong memakai baju sutera berwarna kuning , kemas, tidak berkolar, berlengan pendek. ‘’ Lai ‘’- atau hiasan dari manik-manik dan mutu manikam, labuhnya ingá hampir ke pinggang dipakai di atas baju. Semua pelakon tidak memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan pembesar-pembesar.
Pakaian Mak Yong Puteri juga hampir sama. Mereka memakai kebaya sutera dan berkerongsang emas dan permata. Sarung sutera diikat dengan tali pinggang dan mereka mempunyai pending batu permata dan lebih cantik dari pending Puteri Mak Yong. Sehelai kain sibar tergantung di bahu kiri, di selitkan pada pending dan panjangnya hingga ke paras lutut. Kain sibar ini biasanya bertekat benang emas, gelang kaki emas dan cincin pemberian dari raja.
Lain-lain pelakon yang mengambil bahagian ahíla watak dayang memakai kebaya dan sarung sutera tetapi tiada berpending atau kain sibar. Mereka memakai sanggul dan bunga melur dilekat pada sanggul. Peran-peran memakai baju pendek biasa, kain sarung dan sepasang seluar besar. Mereka juga memakai semutar daripada kain benang yang pada waktu yang lain juga boleh juga diikat ke pinggang.
Selain perkakas-perkakas ini Pak Yong juga membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera. Rotan ini digunakan untuk keperluan lain seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah untuk menyerupai gajah.

Tempat pertunjukan

Kerana persembahan Mak yong dikhaskan untuk hiburan di raja maka cerita-cerita Mak Yong dimainkan sekitar istana sahaja. Setelah ia menjadi lebih popular dan keluar dari istana barulah Mak Yong dipersembahkan untuk tontonan rakyat biasa.

Watak-watak dalam Mak yong
Watak-watak penting dalam sesebuah cerita Mak Yong:-

Pak Yong
Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita Mak Yong

Pak Yong Muda
Watak utama atau hero dalam cerita Mak Yong. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yong Muda.

Mak Yong
Juga Permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.

Puteri Mak Yong
Sebagai heroin dalam cerita Mak Yong

Peran
Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita Mak Yong. Peran Tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.

Dayang-Dayang
Terdiri daripada Gadis-gadis manis yang juga bertindak sebagai penari atau pengiring Mak Yong atau Puteri Mak Yong.

Rujukan : http://www.dikirbarat.net/forum/makyung/mok-yong/5/?wap2




KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.





Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Rujukan : http://rockapak.org/forum/index.php?topic=7044.0





Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump A

Blog pelajar kump B

Blog pelajar kump C

SMP2252Fienaz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template