Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...
Selepas selesai pembentangan kesemua kumpulan, kelas diteruskan dengan sesi kuliah yang berjalan seperti biasa.Pada lembaran kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengajaran dalam kelas muzik tradsional iaitu Gendang 24 Musim. Sebelum ini saya pernah menyaksikan orang Cina bermain gendang ini terutama pada perayaan Tahun Baru Cina. Tetapi kini, saya mengikutinya dengan lebih mendalam dalam kelas muzik.
Secara ringkas , gendang ini telah diasaskan oleh seorang guru muzik, Encik Chen Wei Chong di Johor Bahru, Johor pada 12 Jun 1988.Gendang ini diimport atau dibeli dari negara China.Muzik ini berasaskan satu musim pertanian di negara China. Nama musim itu ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina.Musim besar (musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin) dibahagikan kepada 6 musim kecil. Musim kecil ini ada kaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Mengikut kalendar Cina, petani akan tahu masa mereka patut membajak tanah, menyemai, menuai dan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Koreografi pergerakan pemuzik juga mengikut aksi aktiviti-aktiviti pertanian dan mempamerkan suasana meriah.Semasa persembahan, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki Cina. Mereka juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang berwarna.Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaum Cina sahaja, malahan turut dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan. Ensembel ini menggunakan 24 buah gendang shigu, iaitu dram tarian singa.Ada juga menggunakan gendang longgu. Kedua-dua buah gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong.Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi.Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.
Pembentukan pasukan gendang 24 musim yang PERTAMA di DUNIA!!!! iaitu Pasukan Gendang 24 Musim Sekolah Menengah Foon Yew.Upacara perasmian ini dijalankan di Johor Bahru 'Old Chinese Temple' yang terletak di Jalan Trus. 12 orang ahli kaligrafi dari Malaysia dan Singapura dijemput untuk menuliskan 24 jie qi (perkataan Bahasa Cina)di tepi gendang yang melambangkan gabungan di antara seni tari, seni muzik dan seni tulis.Kini, terdapat lebih dari 100 pasukan Gendang 24 musim di Malaysia. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi. Pada 16 September 2007, Gendang 24 musim membuat permohonan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan agar menyenaraikan persembahan seni baru ini sebagai khazanah warisan budaya negara.
Pada tahun 1988, Persatuan Tionghua Johor Bahru menganjurkan Pesta Tarian Kesembilan yang bertemakan “Dance no.9”. En Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan Cina tempatan mencetuskan idea untuk membentukkan sebuah ensemble 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 ‘Jie Qi’ (musim) mengikut kalender tani di Tanah besar Cina. Idea ini mendapat respon yang baik dari seorang guru muzik yang pada ketika itu bertugas di Sekolah Menengah Foon Yew iaitu En. Tan Hooi Song. Beliau menggunakan pukulan gendang ‘shigu’ (sejenis gendang dalam tarian singa) dengan iringan koreografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh. Lantas lahirlah persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia.
立春 Li Chun- bermulanya musim bunga (mulai 4 Feb)
雨水 Yu Shui- air hujan (mulai 19Feb)
惊蛰 Jing Zhe- pembangkitan semula serangga (mulai 5 Mac)
春分 Chun Fen- Ekuinoks musim bunga (mulai 20 Mac)
清明 Qing Ming- terang dan nyaman (mulai 4 April)
谷雨 Gu Yu- hujan bijirin (mulai 20 April)
立夏Li Xia- bermulanya musim panas (mulai 5 Mei)
小满 Xiao Man- bijirin mula berisi (mulai 21 Mei)
芒种 Mang Zhong- bijirin masak (mulai 5 Jun)
夏至 Xia Zhi- Solstis musim panas (mulai 21 Jun)
小暑 Xiao Shu- bahang kecil (mulai 7 Julai)
大暑 Da Shu- bahang besar (mulai 22 Julai)
立秋 Li Qiu- bermulanya musim luruh (mulai 7 Ogos)
处暑 Chu Shu- tamatnya cuaca bahang (mulai 23 Ogos)
白露 Bai Lu- embun putih (mulai 7 Sept)
秋分 Qiu Fen- Ekuinoks musim luruh (mulai 23 Sept)
寒露 Han Lu- embun sejuk (mulai 8 Okt)
霜降 Shuang Jiang- turun fros (mulai 23 Okt)
立冬 Li Dong- bermulanya musim dingin (mulai 7 Nov)
小雪 Xiao Xue- salji kecil (mulai 22 Nov)
大雪 Da Xue- salji besar (mulai 7 Dis)
冬至 Dong Zhi- Solstis musim sejuk (mulai 21 Dis)
小寒 Xiao Han- cuaca semakin sejuk (mulai 6 Jan)
大寒 Da Han- cuaca paling sejuk (mulai 21 Jan)