Saturday, August 28, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi





Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia…

Bertemu kita sekali lagi di Jurnal Refleksi Minggu 7. Alhamdulillah sy panjatkan kesyukuran kerana sy diberi kudrat untuk menulis jurnal dengan cerita baru dan pengalaman baru. Baiklah pd minggu ni kuliah berjalan seperti biasa tetapi dengan pengisian yang berbeza iaitu pembentangan setiap kumpulan dengan tugasan yang telah diberi. Pembentangan berlangsung dengan sangat baik daripada dua kumpulan iaitu dengan tajuk mereka Keroncong dan Kuda Kepang. Sebelum ini pensyarah telah menerangkan serba sedikit mengenai tajuk ini dalam kelas tetapi input ditambah dengan pembentangan kumpulan yang sangat menarik dengan tayangan video hasil kerja lapangan masing-masing. Ternyata tidak sia-sia segala usaha yang dilakukan oleh kedua-dua kumpulan apabila mereka mendapat pujian yang terbaik daripada pensyarah. Syabas diucapkan.

Baiklah sepanjang sy menyaksikan pembentangan kedua-dua kumpulan, dapatlah sy rumuskan daripada hasil kerja mereka. Sy pergi dahulu kepada tajuk kumpulan pertama iaitu keroncong.




KERONCONG

Ada pendapat yang mengatakan muzik keroncong dibawa oleh orang Portugis pada zaman mereka berkuasa di Asia Tenggara. Kemungkinan ada pendapat mengatakan bahawa alat-alat muzik yang berasal dari Barat digunakan dalam muzik keroncong seperti gitar, ukulele, biola dan sebagainya. Ada sejenis alat muzik traditional dari beberapa daerah di Portugal dan Sepanyol yang masih dimainkan dikenali sebagai ‘charanga’. Bentuknya seakan-akan ukulele. Oleh kerana alat itu sangat dominan dengan cara permainan ukelili, maka seni itu dikaitkan dengan seni muzik dari portugal.

Sejarah Keroncong di Malaysia

Muzik atau seni keroncong mula masuk ke Malaysia pada sekitar tahun 1940an.Di bawa masuk oleh masyarakat jawa yang merantau untuk berdagang atau mencari kerja. Selain mereka mencari nafkah mereka juga membawa kesenian mereka. Pada mulanya lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari Indonesia, tetapi lama kelamaan setelah perang dunia kedua, ada pencipta tempatan yang mencipta lagu keroncong seperti P. Ramlee, Zubir Said, Johan Bahar dan ramai lagi.

Evolusi Alat

Gelang Keroncong merupakan istilah yang telah digunakan sebelum Muzik Keroncong. Ukulele merupakan asal muzik keroncong. Ukelele diiringi oleh tempurung kelapa, kentung bambu, dan sebagainya. Pada awal abad ke-16, alat muzik rebana dimasukan kedalam alat muzik keroncong. Kemudian masuk pula alat muzik mandolin, tetapi hanya bertahan sehingga abad ke 19.

Alat Muzik Keroncong

Semua alat keroncong pada masa ini berasal dari Eropah. Setiap alat akan dimainkan mengikut corak rentak muzik masing-masing. Gitar, cuk,cak,cello dan double bass merupakan alat-alat pembawa rentak. Flute dan biola akan memainkan melodi. Adakalanya, alat muzik lain seperti vibrofon, gitar Hawaii, akordion atau keyboard akan digunakan untuk mengantikan alat melodi yang tidak ada.

Ciri-ciri Khas Muzik Keroncong

Muzik keroncong mempunyai 3 ciri khas iaitu form, jenis dan rentak.
Jenis-jenis Keroncong
• Keroncong Extra
• Keroncong Asli
• Keroncong Langgam
• Stambul




KUDA KEPANG

Tarian kuda kepang merupakan tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa. Nama lain seperti jaran kepang, kuda lumping Jathilan & ebeg. ‘Jaran’bermaksud kuda manakala ‘kepang’ bermaksud anyaman. Dibuat drpd buluh atau pandan yg dianyam dan papan lapis @ kulit lembu. Kulit kuda kepang yang diperbuat daripada baldu biasanya dijalankn untuk persembahan peringkat tinggi. Alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian ini ialah gendang jawa, gong, jidur, kenong kuda kepang, saron pekin, angklung dan bonang. Kostum kuda kepang terdiri daripada ketopang atau tengkolok, seluar yang dijahit dengan batik jawa dan merupakan pakaian tradisi jawa. Kuda kepang dipersembahkan dan dimainkan di tempat terbuka iaitu atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, tok bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik semakin pantas,kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.

Selain itu, setiap ahli turut mempersembahkan video hasil kerja lapangan. Banyak perkara yang sy peroleh yang sebelum ini sy tidak ketahui mengenai kuda kepang. Rupa-rupanya tiada pantang larang dalam mengendalikan kuda kepang ini. Cuma terdapat sedikit kemusykilan apabila diambil atau dirakam gmbr persmbhn kuda kepang, ia selalunya tidak menjadi. Cthnya, gmbr itu tiada kepala, tiada kaki dan kabur atau putih shj.

Demikianlah serba sedikit mengenai penerangan setiap kumpulan pembentang. Diharapkan kawan-kawan yang lain mendapat manfaat dan ilmu berguna dalam setiap hasil kerja kumpulan lain.








Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump A

Blog pelajar kump B

Blog pelajar kump C

SMP2252Fienaz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template