Wednesday, August 11, 2010

Minggu 5 : Jurnal Refleksi


Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...
Terlebih dahulu sy ingin ucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam terutama sekali pelajar SMP2252..walaupun dalam suasana berpuasa, namun ia tidak menghalang sesi kuliah untuk terus berjalan seperti biasa. Pada sesi kuliah minggu ke 5 ini, saya telah didedahkan dengan satu lagi muzik tradisi yang sudah sekian lama tidak diperdengarkan iaitu gamelan dan cak lempong. Saya biasa mendengar mengenai muzik gamelan terutama sekali ia byk dimainkan pada majlis kebudayaan dan mjlis rasmi yg lain. Namun muzik cak lempong baru pertama kali sy ketahui menerusi paparan video dlm kelas muzik oleh pensyarah.

Muzik Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di kepulauan Jawa, Madura, Bali dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk yang dipanggil ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, selain di Jawa pada lewat abad ke 18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.
Perkataan gamelan berasal daipada perkataan Jawa iaitu gamel, bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan Pahang diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah menaikkan muzik gamelan dan diikuti isteri kedua sultan, iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada 1914, apabila Sultan Ahmad mangkat, isterinya Cik Zubedah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan. Pada 1915, set peralatan gamelan di bawah jagaannya di Pahang dibawa ke Istana Maziah Terengganu dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain dan menari dengan iringan gamelan.
Pada 1920, selepas Sultan Sulaiman dimahkotakan, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam melatih penari Terengganu dan dinaungi Tengku Ampuan Mariam sendiri. Demikian pula, Wan Mohd dan Wan Ahmad dan Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan Sultan Sulaiman.
Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Pelbagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong, togok, gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya. Tengku Ampuan Mariam menulis manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman bertanggungjawab menukarkan nama Joget Pahang kepada Joget Gamelan Terengganu.
Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penakulan Jepun sekitar 1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman pada 1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua bekas penarinya, Cik Adnan Abdul. Set gamelan dikembalikan ke Pahang pada 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan Terengganu. Set Gamelan itu dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan kini dipamerkan.
Muzik gamelan biasanya dimainkan pada majlis rasmi atau kasual di istana terutama mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan membabitkan sembilan lelaki dan enam penari wanita. Alatan muzik yang digunakan ialah gong agong, gong sawokan, gendang ibu, gendang anak, saron pekin, saron baron I dan saron baron II, gambang serta kenong.
Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses rumit. Gamelan menggunakan empat sistem tuning - slĂȘndro, pĂȘlong, degung (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat) dan madenda (juga dikenali sebagai diatonis), sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

rujukan :
http://carmahlms.com/Info_Muzik/IMarticles/IMgmbdip.htm







Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone) iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklempong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain. Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat, alat muzik berbentuk seperti gong kecil juga terdapat di tempat lain dan dikenali sebagai kyi-waing (Myanmar),Trompong (Bali) dan Kulintang (Filipina).

Bonang caklempong yang berbentuk seperti gong kecil diperbuat daripada tembaga berdiameter 16cm, tinggi 8-10 cm dan mempunyai cembol setinggi 2.5cm di tengah-tengahnya. (Rujukan: Music of Malaysia, 2004). Asalnya, caklempong dimainkan mengikut skala pentatonic yang terdiri daripada notasi C, D, E, F dan G, tetapi kini telah dimasukkan kesemua notasi (Rujukan: Mohd Ghouse, 1992)

Set lengkap caklempong terdiri daripada alat-alat berikut:

Gereteh
Gereteh terdiri daripada 15 Bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan di dalam dua baris selari (Baris 1 mempunyai 8 Bonang dan baris 2 mempunyai 7 Bonang). Gereteh merupakan melodi utama. Terdapat dua set Gereteh di dalam satu set lengkap caklempong.

Tingkah
Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan Tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang.

Saua
Saua juga mempunyai lapan biji bonang dan berbentuk seperti Tingkah cuma yang membezakan antara keduanya ialah cara ia dimainkan. Saua diketuk mengikut corak irama Ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama Ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Saua. Notasi Caklempong Tingkah dan Saua tidak disediakan, sebaliknya hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Saua bermula dari not E rendah.

Bangsi
Bangsi berbentuk seperti rekorder bersaiz 25-30 cm, notasi buluh dan mempunyai 7 lubang untuk menghasilkan 7 skala ton menyamai Gereteh. Bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya.


Serunai
Serunai juga diperbuat daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi. Serunai berukuran lebih kurang 14 sentimeter dan hanya mempunyai 4 lubang. Serunai menghasilkan skala pentatonic menyamai 5 ton terawal Gereteh iaitu C, D, E, F dan G.

Gendang
Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka. Kulit yang digunakan pula ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Gendang lembu mempunyai getaran yang rendah (bass). Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan berkulit yang dipalu dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan cara pukulan melalu.

Kayu Pengetuk
Kayu pengetuk Caklempong berukuran kira-kira 22 sentimeter panjang. Satu pertiga daripada kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supaya apabila diketukkan ke cembul Caklempong hasil bunyinya tidak terlalu nyaring.

Rujukan :
http://www.caklempong.com/muzik.htm

Sepanjang sy mengikuti klas minggu ke 5, pelbagai pengalaman menarik yg sy peroleh. Sy amat tertarik dan teruja untuk mengenali muzik gamelan dan caklempong ini dengan begitu mendalam. Oleh itu, sy telah diberi kesempatan untuk bermain alat muzik gamelan bersama mentor sy daripada pelajar seni muzik. Pd hemat sy, mmg susah untuk mengendalikan alat muzik gamelan ini sewaktu mentor sy memberi tunjuk ajr.Namun itu tidak mematahkan semangat sy untuk mendalami alat muzik tersebut. Pada sy ia suatu pengalaman yang bermakna yang tidak akan sy lupakan smpai bila-bila sehingga ia dirakamkan dlm youtube untuk kenang-kenangan. Terima Kasih kepada tenaga pengajar dan mentor yg byk membantu sy....

Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump A

Blog pelajar kump B

Blog pelajar kump C

SMP2252Fienaz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template