Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia... Terlebih dahulu sy ingin ucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam terutama sekali pelajar SMP2252..walaupun dalam suasana berpuasa, namun ia tidak menghalang sesi kuliah untuk terus berjalan seperti biasa. Pada sesi kuliah minggu ke 5 ini, saya telah didedahkan dengan satu lagi muzik tradisi yang sudah sekian lama tidak diperdengarkan iaitu gamelan dan cak lempong. Saya biasa mendengar mengenai muzik gamelan terutama sekali ia byk dimainkan pada majlis kebudayaan dan mjlis rasmi yg lain. Namun muzik cak lempong baru pertama kali sy ketahui menerusi paparan video dlm kelas muzik oleh pensyarah.
Muzik Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di kepulauan Jawa, Madura, Bali dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk yang dipanggil ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, selain di Jawa pada lewat abad ke 18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan. Perkataan gamelan berasal daipada perkataan Jawa iaitu gamel, bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan Pahang diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah menaikkan muzik gamelan dan diikuti isteri kedua sultan, iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.
Pada 1914, apabila Sultan Ahmad mangkat, isterinya Cik Zubedah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan. Pada 1915, set peralatan gamelan di bawah jagaannya di Pahang dibawa ke Istana Maziah Terengganu dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain dan menari dengan iringan gamelan. Pada 1920, selepas Sultan Sulaiman dimahkotakan, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam melatih penari Terengganu dan dinaungi Tengku Ampuan Mariam sendiri. Demikian pula, Wan Mohd dan Wan Ahmad dan Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Pelbagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong, togok, gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya. Tengku Ampuan Mariam menulis manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman bertanggungjawab menukarkan nama Joget Pahang kepada Joget Gamelan Terengganu. Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penakulan Jepun sekitar 1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman pada 1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua bekas penarinya, Cik Adnan Abdul. Set gamelan dikembalikan ke Pahang pada 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan Terengganu. Set Gamelan itu dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan kini dipamerkan. Muzik gamelan biasanya dimainkan pada majlis rasmi atau kasual di istana terutama mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan membabitkan sembilan lelaki dan enam penari wanita. Alatan muzik yang digunakan ialah gong agong, gong sawokan, gendang ibu, gendang anak, saron pekin, saron baron I dan saron baron II, gambang serta kenong. Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses rumit. Gamelan menggunakan empat sistem tuning - slĂȘndro, pĂȘlong, degung (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat) dan madenda (juga dikenali sebagai diatonis), sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.
Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone) iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklempong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain. Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat, alat muzik berbentuk seperti gong kecil juga terdapat di tempat lain dan dikenali sebagai kyi-waing (Myanmar),Trompong (Bali) dan Kulintang (Filipina).
Bonang caklempong yang berbentuk seperti gong kecil diperbuat daripada tembaga berdiameter 16cm, tinggi 8-10 cm dan mempunyai cembol setinggi 2.5cm di tengah-tengahnya. (Rujukan: Music of Malaysia, 2004). Asalnya, caklempong dimainkan mengikut skala pentatonic yang terdiri daripada notasi C, D, E, F dan G, tetapi kini telah dimasukkan kesemua notasi (Rujukan: Mohd Ghouse, 1992)
Set lengkap caklempong terdiri daripada alat-alat berikut:
Gereteh Gereteh terdiri daripada 15 Bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan di dalam dua baris selari (Baris 1 mempunyai 8 Bonang dan baris 2 mempunyai 7 Bonang). Gereteh merupakan melodi utama. Terdapat dua set Gereteh di dalam satu set lengkap caklempong.
Tingkah Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan Tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang.
Saua Saua juga mempunyai lapan biji bonang dan berbentuk seperti Tingkah cuma yang membezakan antara keduanya ialah cara ia dimainkan. Saua diketuk mengikut corak irama Ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama Ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Saua. Notasi Caklempong Tingkah dan Saua tidak disediakan, sebaliknya hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Saua bermula dari not E rendah.
Bangsi Bangsi berbentuk seperti rekorder bersaiz 25-30 cm, notasi buluh dan mempunyai 7 lubang untuk menghasilkan 7 skala ton menyamai Gereteh. Bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya.
Serunai Serunai juga diperbuat daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi. Serunai berukuran lebih kurang 14 sentimeter dan hanya mempunyai 4 lubang. Serunai menghasilkan skala pentatonic menyamai 5 ton terawal Gereteh iaitu C, D, E, F dan G.
Gendang Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka. Kulit yang digunakan pula ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Gendang lembu mempunyai getaran yang rendah (bass). Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan berkulit yang dipalu dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan cara pukulan melalu.
Kayu Pengetuk Kayu pengetuk Caklempong berukuran kira-kira 22 sentimeter panjang. Satu pertiga daripada kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supaya apabila diketukkan ke cembul Caklempong hasil bunyinya tidak terlalu nyaring.
Rujukan : http://www.caklempong.com/muzik.htm
Sepanjang sy mengikuti klas minggu ke 5, pelbagai pengalaman menarik yg sy peroleh. Sy amat tertarik dan teruja untuk mengenali muzik gamelan dan caklempong ini dengan begitu mendalam. Oleh itu, sy telah diberi kesempatan untuk bermain alat muzik gamelan bersama mentor sy daripada pelajar seni muzik. Pd hemat sy, mmg susah untuk mengendalikan alat muzik gamelan ini sewaktu mentor sy memberi tunjuk ajr.Namun itu tidak mematahkan semangat sy untuk mendalami alat muzik tersebut. Pada sy ia suatu pengalaman yang bermakna yang tidak akan sy lupakan smpai bila-bila sehingga ia dirakamkan dlm youtube untuk kenang-kenangan. Terima Kasih kepada tenaga pengajar dan mentor yg byk membantu sy....
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
Jurnal Refleksi: Minggu ke 14
-
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En.
Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
Jurnal Refleksi: Minggu ke 14
-
Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En.
Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada
minggu k...
JURNAL REFLEKSI MINGGU 14
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah
14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik
tradisiona...
Jurnal Refleksi : Minggu 14
-
Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas
SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu
menye...
MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita,
En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14
dan mi...
Reflesksi Keseluruhan
-
Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai
reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam
kuliah-kuli...
Minggu 11 : Jurnal Refleksi
-
Assalamualaikum....
Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk
Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
JURNAL REFLEKSI
-
Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan
menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang
terhasil ada...
BIODATA
-
NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI
NO.MATRIK : D20072031485
PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN
KUMPULAN : A
SEMESTER : 6
SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
Minggu 14: Jurnal Refleksi
-
*Salam Warisan...Salam Permai Bumi Tuhan...*Jurnal Refleksi pada minggu
terakhir ini adalah berkaitan tajuk kuliah yang disampaikan oleh pensyarah
iaitu...
JURNAL MINGGU KE-14
-
Tarian singa, pada minggu ke 14 vkita telah diajar mengenai tarian singa
dalam budaya masyarakat cina, dalam masyarakat cina tarian cina selalunya
dimainka...
refleksi jurnal : minggu ke 14
-
Salam Lembaran minggu ke 14
Di kuliah ini kami ditunjuk dan dipersembahkan berkaitan suatu kesenian
yang berkisarkan tentang tarian singa.Tarian ini adalah...
MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah En Amran dan
rakan-rakan sekalian. Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke akhir kuliah
Mu...
Minggu 13 : Jurnal Refleksi
-
Salam Sejahtera kepada semua warga SMP 2252. Jurnal refleksi ini merupakan
jurnal yang terakhir untuk kursus ini. Dalam minggu yang terakhir ini,
tajuk yan...
Minggu 13 : Jurnal Refleksi Terakhir
-
Ini merupakan minggu terakhir bagi kelas SMP 2252 Muzik Tradisional. Saya
yakin bahawa semua pelajar dalam kelas ini berasa sedih kerana kela ini
telah pun...
Minggu ke-13 : Jurnal Refleksi
-
Salam Sejahtera saya ucapkan.........................................
Dalam kuliah minggu ini, kami diperkenalkan dengan tarian singa yang
berasal dari tra...
MINGGU 14 REFLEKSI JURNAL
-
Assalamualaikum w.t.b…
Sampai sudah kita di penghujung kuliah. Walaupun terpancar rasa gembira
pada wajah pelajar SMP2252 tetapi perasaan sedih tidak dapa...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Sedar atau tidak kita sudah sampai ke minggu ke 14, ini bermakna ini adalah
minggu terakhir dan selepas ini, kami semua akan menduduki perperiksaan
akhir. ...
JURNAL REFLEKSI: MINGGU KE TIGA BELAS
-
Salam Sejahtera..
Subjek muzik tradisional Malaysia merupakan satu subjek yang memberikan
banyak pengetahuan tentang bidang muzik tradisional. Disamping pe...
MINGGU 13 ;JURNAL REFLEKSI
-
Assalammualaikum dan salam perpisahan buat rakan-rakan blog...
Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ketiga belas dan
ternyata minggu ini m...
RUMUSAN KULIAH
-
Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Kini telah tiba waktu perpisahan antara semua pelajar SMP 2252 Muzik
Tradisional. Saya yakin dan percaya pasti r...
Minggu 14: Jurnal Refleksi
-
Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat
rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran
Aris
Pertamanya ...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu terakhir yang mengajak
saya untuk mengulas mengenai keseluruhan ta...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 14
-
Salam satu Malaysia semua...
Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru
saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seperti...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13
-
Salam 1 Malaysia..Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada
semester ini. Kita telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama 14
ming...
Minggu 13: Jurnal Refleksi Keseluruhan
-
Assalamualaikum w.b.t
Kuliah terakhir pada minggu tersebut adalah mengenai tarian Singa. Tarian
ini sangat comel bagi saya kerana kostum singa yang digunak...
Minggu 13: Jurnal Refleksi
-
Selamat sejahtera......
Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada semester ini. Kita
telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama ...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan seperjuangan dan
pensyarah yang disayangi.Pada minggu ini merupakan minggu yang terakhir
kuliah bagi...
Jurnal Refleksi : minggu 13
-
salam... minggu ini merupakan minggu terakhir sesi pembelajaran pada
semester ini. terlalu pantas masa berlalu. saya berasa sangat
seronokksejaki kerana da...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Salam satu Malaysia semua...
Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru
saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seper...
MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalamualaikum wbt
Setelah 14 minggu menghadapi kuliah muzik tradisional ini akhirnya
sampailah di penghujung kuliah. Walaupun ada diantara kelas saya yan...
Jurnal Refleksi Minggu Ke 14
-
Pada minggu ini saya berasa sedih sekali kerana ini adalah kuliah terakhir
kami bersama En amran. Pada pandangan saya kelas ini memerikan informasi
yang ba...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 14
-
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada semua..
Di hari terakhir kuliah kami..saya rasa saya bakal rindu akan setiap
kenangan dan pembentangan d...
0 comments:
Post a Comment