Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..Bertemu kembali dalam Jurnal Refleksi untuk Minggu ke-3..Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya masih berkesempatan untuk menulis segala pembelajaran yang saya peroleh sepanjang saya mengikuti kelas Muzik Tradisional Malaysia pada minggu ke-3.Pertama sekali saya ingin melahirkan rasa gembira kerana saya dapat menyelesaikan tugasan yang diberi pada minggu ke-2 iaitu Latihan Lisan Pendengaran. Bagi saya ini merupakan suatu pengalaman yang tidak ternilai kerana saya dapat mengetahui jenis ensembel yang dipersembahkan melalui pendengaran. Sebelum ini saya pernah mendengar muzik tersebut tetapi tidak pernah ambil tahu mengenai jenis muzik dan alatan muzik yang digunakan. Melalui latihan seperti ini ia dapat menguji tahap pendengaran dan kepekaan kita terhadap jenis muzik dan alatan muzik yang digunakan. Selain itu kita dapat mengkaji asal usul muzik berkenaan melalui pencarian di internet. Bagi saya ini merupakan satu langkah ke arah menguji tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu muzik dan pelajar akan lebih menghargai setiap muzik yang dipersembahkan. Seterusnya, pada kelas minggu ke-3, pensyarah telah menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia, kategori muzik tradisional Malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Budaya muzik Cina, India dan Eropah mempunyai sistem penyusunan alat muzik mengikut kategori. Bagi Cina terdapat 8 Kumpulan Asas iaitu Logam, Batu, Kain, Tanah, Kulit, Labu Kering, Buluh dan Kayu. Bagi India pula, berdasarkan Natyashastra pada Abad pertama sebelum masihi iaitu Gong, Simbal, Loceng, Gendang (drums), Alat bertali (strings) dan Alat tiupan (winds). Manakala bagi Eropah pula, berdasarkan Victor Charles Mahillon (1880) Sistem Taksonomy iaitu Idiophone, Membranophone, Kordofon, Aerofon dan diperkemaskan semula oleh Curt Sachs, Eric Von Hornbostels (1914). Klasifikasi Alat Muzik Barat mengikut kategori iaitu perkusi, bertali dan tiupan. Ciri-ciri utama yang terdapat dalam Muzik Tradisional Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Tradisi Besar dan Tradisi Kecil dan kedua-dua tradisi ini terdapatnya persamaan. Lima kategori utama muzik iaitu Muzik Rakyat, Muzik Klasik, Muzik Sinkretik dan Muzik Kontemp. Terdapat enam ciri Muzik Tradisional Malaysia iaitu Bentuk Seni Lakon Utama, Bentuk Tarian Utama, Ensembel Genderang, Vokal dan Instrumental Solo, Ensembel Sosial Popular dan Ensembel Lain. Muzik Bentuk Seni Lakun Utama (Dramatari) termasuklah ciri-ciri teater dan muzik wilayah. Contohnya seperti Mak Yung, Wayang Kulit, Mekmulung, Bangsawan, Randai dan Opera Cina. Muzik Bentuk Tarian Utama (Dramatari) pula merupakan Tradisi Muzik yang mengiringi tarian. Bagi Muzik Ensembel Genderang, ia merupakan Stand Alone atau mengiringi muzik bentuk tarian utama. Muzik ini akan diiringi aktiviti kerja, upacara dan ritual tertentu atau seni mempertahankan diri. Contohnya Kompang, Hadrah, Rodat, Dabus, Gendang Keling, Nobat, Cak Lempong, Alat buluh/kayu yg dipukul (alu dan Tangbut, Huduk Apa, Bek Alu, Kesut, Tumbuk Kalang, Ensembel Gong besar (Sarawak) dan Kertuk. Seterusnya, Muzik Vokal Dan Instrumental Solo iaitu melibatkan seluruh aspek masyarakat seperti meraikan anak yg baru lahir, sosiolisasi dan funeral. Muzik Ensembel Sosial Popular merupakan cantuman unsur muzik tempatan dengan unsur muzik budaya luar.Contohnya seperti Ronggeng, Dondang Sayang, Keroncong, Dikir Barat dan Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan). Terakhir, Muzik Bentuk Lain iaitu terdapat pelbagai genre muzik di Malaysia masil belum selidik, dokumentasi dan dianalisis secara mendalam. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa, kaedah klasifikasi muzik tradisional sangat penting untuk diketahui agar kita dapat membezakan dan membandingkan sesuatu alat muzik mengikut kebudayaan masing-masing. Setiap negara mempunyai jenis alat muzik yang berbeza dengan negara lain. Kepelbagaian alat muzik sesuatu budaya melambangkan keunikan dan kekuatan muzik tersebut. Dalam zaman moden kini, alat muzik tidak hanya tertumpu pada satu-satu genre muzik sahaja, malah ia boleh digabungkan mengikut kesesuaian muzik yang hendak dihasilkan. Jadi pemilihan alat muzik sangat penting. Kita juga dapat memahami kategori muzik seperti muzik rakyat, muzik klasik dan sebagainya supaya keaslian dan mutu muzik itu dapat dipelihara dan mempunyai nilainya tersendiri. Saya beranggapan mendalami klasifikasi dan mengetahui ciri-ciri muzik tradisional merupakan satu perkara yang sangat penting untuk kita lebih jauh mengetahui tentang muzik-muzik lain kerana wujudnya muzik-muzik moden pada hari ini adalah kesinambungan daripada muzik-muzik tradisional.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
Jurnal Refleksi: Minggu ke 14
-
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En.
Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
Jurnal Refleksi: Minggu ke 14
-
Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En.
Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada
minggu k...
JURNAL REFLEKSI MINGGU 14
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah
14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik
tradisiona...
Jurnal Refleksi : Minggu 14
-
Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas
SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu
menye...
MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita,
En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14
dan mi...
Reflesksi Keseluruhan
-
Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai
reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam
kuliah-kuli...
Minggu 11 : Jurnal Refleksi
-
Assalamualaikum....
Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk
Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
JURNAL REFLEKSI
-
Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan
menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang
terhasil ada...
BIODATA
-
NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI
NO.MATRIK : D20072031485
PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN
KUMPULAN : A
SEMESTER : 6
SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
Minggu 14: Jurnal Refleksi
-
*Salam Warisan...Salam Permai Bumi Tuhan...*Jurnal Refleksi pada minggu
terakhir ini adalah berkaitan tajuk kuliah yang disampaikan oleh pensyarah
iaitu...
JURNAL MINGGU KE-14
-
Tarian singa, pada minggu ke 14 vkita telah diajar mengenai tarian singa
dalam budaya masyarakat cina, dalam masyarakat cina tarian cina selalunya
dimainka...
refleksi jurnal : minggu ke 14
-
Salam Lembaran minggu ke 14
Di kuliah ini kami ditunjuk dan dipersembahkan berkaitan suatu kesenian
yang berkisarkan tentang tarian singa.Tarian ini adalah...
MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah En Amran dan
rakan-rakan sekalian. Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke akhir kuliah
Mu...
Minggu 13 : Jurnal Refleksi
-
Salam Sejahtera kepada semua warga SMP 2252. Jurnal refleksi ini merupakan
jurnal yang terakhir untuk kursus ini. Dalam minggu yang terakhir ini,
tajuk yan...
Minggu 13 : Jurnal Refleksi Terakhir
-
Ini merupakan minggu terakhir bagi kelas SMP 2252 Muzik Tradisional. Saya
yakin bahawa semua pelajar dalam kelas ini berasa sedih kerana kela ini
telah pun...
Minggu ke-13 : Jurnal Refleksi
-
Salam Sejahtera saya ucapkan.........................................
Dalam kuliah minggu ini, kami diperkenalkan dengan tarian singa yang
berasal dari tra...
MINGGU 14 REFLEKSI JURNAL
-
Assalamualaikum w.t.b…
Sampai sudah kita di penghujung kuliah. Walaupun terpancar rasa gembira
pada wajah pelajar SMP2252 tetapi perasaan sedih tidak dapa...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Sedar atau tidak kita sudah sampai ke minggu ke 14, ini bermakna ini adalah
minggu terakhir dan selepas ini, kami semua akan menduduki perperiksaan
akhir. ...
JURNAL REFLEKSI: MINGGU KE TIGA BELAS
-
Salam Sejahtera..
Subjek muzik tradisional Malaysia merupakan satu subjek yang memberikan
banyak pengetahuan tentang bidang muzik tradisional. Disamping pe...
MINGGU 13 ;JURNAL REFLEKSI
-
Assalammualaikum dan salam perpisahan buat rakan-rakan blog...
Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ketiga belas dan
ternyata minggu ini m...
RUMUSAN KULIAH
-
Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Kini telah tiba waktu perpisahan antara semua pelajar SMP 2252 Muzik
Tradisional. Saya yakin dan percaya pasti r...
Minggu 14: Jurnal Refleksi
-
Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat
rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran
Aris
Pertamanya ...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu terakhir yang mengajak
saya untuk mengulas mengenai keseluruhan ta...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 14
-
Salam satu Malaysia semua...
Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru
saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seperti...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13
-
Salam 1 Malaysia..Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada
semester ini. Kita telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama 14
ming...
Minggu 13: Jurnal Refleksi Keseluruhan
-
Assalamualaikum w.b.t
Kuliah terakhir pada minggu tersebut adalah mengenai tarian Singa. Tarian
ini sangat comel bagi saya kerana kostum singa yang digunak...
Minggu 13: Jurnal Refleksi
-
Selamat sejahtera......
Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada semester ini. Kita
telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama ...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan seperjuangan dan
pensyarah yang disayangi.Pada minggu ini merupakan minggu yang terakhir
kuliah bagi...
Jurnal Refleksi : minggu 13
-
salam... minggu ini merupakan minggu terakhir sesi pembelajaran pada
semester ini. terlalu pantas masa berlalu. saya berasa sangat
seronokksejaki kerana da...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Salam satu Malaysia semua...
Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru
saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seper...
MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalamualaikum wbt
Setelah 14 minggu menghadapi kuliah muzik tradisional ini akhirnya
sampailah di penghujung kuliah. Walaupun ada diantara kelas saya yan...
Jurnal Refleksi Minggu Ke 14
-
Pada minggu ini saya berasa sedih sekali kerana ini adalah kuliah terakhir
kami bersama En amran. Pada pandangan saya kelas ini memerikan informasi
yang ba...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 14
-
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada semua..
Di hari terakhir kuliah kami..saya rasa saya bakal rindu akan setiap
kenangan dan pembentangan d...
0 comments:
Post a Comment