Sunday, October 31, 2010

Jurnal Refleksi : Minggu 14


Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...

Pagi-pagi makan roti,
Roti dimakan bersama gula,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Untuk santapan rakan semua.

Bertemu kita pada edisi terakhir, minggu trakhir dan kuliah terakhir.Selama 14 minggu kita bersama dan bermcm2 pengalaman menarik serta ilmu berguna yang saya peroleh bersama pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan. Pada klas terakhir, pensyarah telah meneruskan sesi pengajaran yang terakhir iaitu berkenaan dengan Tarian Singa.

Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Sebelum sy mengakhiri edisi sy pada minggu-minggu terakhir ini, sy ingin membuat kesimpulan dari awal pembabitan sy dalam kursus muzik tradsional ini hinggalah pada minggu terakhir ini. Sejak dari awal sy memasuki kelas ini, sy sgt teruja dan excited kerana sy mmg benar-benar berjiwa seni. Sy minat pada seni muzik. Bermula dengan pembikinan blog individu yag benar2 mencabar sy untuk meneruskan kursus ini walaupun ada suara-suara yg menyuruh sy keluar kerana susah untuk mengkutinya. Tetapi atas desakan rakan baik sy dan minat yg trlalu mendalam terhadap muzik, sy gagahkan diri sy untuk menghasilkan blog sy sndiri. Terima Kasih kepada rakan course muzik yg memberi tunjuk ajr. Seterusnya, kelas bermula dgn pengenalan kepada beberapa muzik tradsional seperti soundscape,muzik wayang kulit, caklempong, kompang, makyong, gendang 24 musim dan tarian singa. Kelas turut menarik dgn pembentangan kerja kumpulan yg masing2 menerangkan mengenai menora, gambus,orkestra cina, mak yong, wayang kulit dan bnyk lagi. Sy sgt bertuah kerana dpt mengkaji mngenai wyg kulit bersama rakan-rakan di ASWARA dan menemubual sndiri Tok Dalang Wayang Kulit. Inilah pengalaman yg tidak akan syg lupakan smapi bila2. Tapi disebalik pengkajian ini, sy ingin meluahkan sedikit ketidakpuasan hati mengenai pembahagian ahli kumpulan kerana sy dapati dalam satu kumpulan itu tidak ada campuran dari pelbagai course. kita sedia maklum kelas ini terdiri darpada 2 course luar iaitu sejarah dan pengajian malaysia. Tetapi sy lihat rata-rata dalam 1 group terdiri dari group course muzik shaja.mgkin akan mendatangkan sedikit masalah kerana course sejarah n pengajian msia mngkin tiada pengalaman dalam hal-hal muzik. walau bagaimanapun credit kepada course sejarah n pengajian msia kerana anda semua telah memberikan yg terbaik sepanjang kursus ini. Terima Kasih kepada En.Amran atas dorongan dan tunjuk ajr selama ini dan tidak lupa kepada student muzik sendiri atas kerjasama yg diberikan kpd kami.

Mengenai pembelajaran sy sendiri, pada mula sy agk pasif mengenai apa yg sy pelajari. mungkin sy kurang membaca mengenai muzik tradisioanl. sy kadang kala kurang jelas dgn istilah muzik seperti idiofon, membranfon. tapi setelah melakukan pembacaan, baru lah sy tau serba sedikit megnai muzik tradisional. secara keseluruhan, sy melihat kursus ini patut dikekalkan dengan melihat kepda sistem P&P yang berbantukan web blog, sy rasa ia satu P&P yg menarik dan ada kelainannya. sy sgt seronok menulis blog dan mencurahkan apa saja komen atau cdgn yg dirasakan perlu untuk perkongsian semua. Syabas diucapkan kepada En.Amran di atas pembinaan blog ini.

Diharapkan klas ini akan diteruskan pada hari-hari mendatang, kerana ini sahaja lah temapt tuk kita perjuangkan muzik tradisional kita diperingkat IPTA. Sesungguhnya manusia akan lenyap kerana gagal dalam mempertahankan tradsinya. Ia diibaratkan seperti kita gagal dalam menjaga perpaduan kerana muzik sbagi wahana bangsa. Terus perjuangkan muzik tradisional kita, takkan muzik tradisiosnla hilang di dunia.

Semoga kwn2 semua mendapat manfaat dan ilmu berguna. Gudluk untuk final exam. Salam rindu dari saya. Jika ada umo yg panjang, kita akan berjumpa ag..WASSALAM...




0 comments:

 

Blog pelajar kump A

Blog pelajar kump B

Blog pelajar kump C

SMP2252Fienaz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template