Tuesday, October 12, 2010

Jurnal Refleksi : Minggu 11



Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.....

Bertemu kita sekali lagi dalam Jurnal Refleksi edisi ke-11.Dalam edisi kali ini, pengisiannya sangat berbeza berbanding edisi sebelum ini. Saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan mengenai pembentangan kumpulan kami minggu lepas mengenai wayang kulit. Kami sangat teruja memandangkan kami kumpulan terakhir yang membuat pembentangan. Saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai belakang tabir hasil projek kami ini. Penyelidikan mengenai wayang kulit kami bermula dengan pertemuan kami dengan pelopor wayang kulit di ASWARA iaitu Pak Nasir yang banyak memberi input dan ilmu berguna mengenai wayang kulit ini.Kami sempat merakam latihan wayang kulit oleh pelajar-pelajar ASWARA ketika itu. Usaha kami diteruskan dengan perjumpaan kami bersama staf muzik untuk bekerjasama dalam persembahan demo wayang kulit sewaktu pembentangan kami.

Seterusnya, bermula la pembentangan kami. Perbentangan dimulakan dengan demo wayang kulit oleh staf muzik. Mereka telah berjaya menyampaikan persembahan demo dengan begitu baik sekali dan menghiburkan. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada staf muzik di atas kerjasama yang diberikan. Pembentangan dimulakan dengan saya selaku pembentang pertama.Saya telah menerangkan pengenalan dan sejarah wayang kulit. Kemudian diikuti oleh rakan saya yang telah menerangkan mengenai jenis-jenis wayang kulit,hasil kerja lapangan dan cabaran terhadap wayang kulit.

Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan persembahan kami dan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan. Terima Kasih di atas perhatian dan komen yang telah diberikan. Apa yang ingin saya kupaskan di sini mengenai rumusan pembentangan kami ialah cabaran wayang kulit ini. Rata-rata kita mendengar bahawa wayang kulit ini perlu dipertahankan warisannya dek ketinggalan ditelan zaman. Namun, saya dapat lihat usaha itu seperti dilaung-laungkan tanpa tindakan untuk mempertahankannya. Seperti yang telah dikatakan pelopor wayang kulit, Pak Nasir, wayang kulit merupakan tradisi masyrakat dan tradisi ini perlu dipertahankan kerana jika tidak, ia akan musnah diibaratkan perpecahan masyarakat jika tidak bersatu padu. Justeru, saya berpendapat sudah tiba masanya wayang kulit diketengahkan diperingkat antarabangsa mengikut jejak langkah Mak Yong yang telah pun mendapat perhatian masyarakat antarabangsa baru-baru ini. Tidak mustahil wayang kulit akan gah seperti persembahan warisan lain kerana masing-masing ada keunikan tersendiri. Jadi diharapkan warisan ini akan terus dipertahankan dan dipelihara agar suatu hari nanti wayang kulit ini akan masyhur di pentas dunia.

Diharapkan dengan pembentangan kumpulan kami ini telah memberi serba sedikit mngenai wayang kulit. Segala pertanyaan atau komen bolehlah diberikan untuk perkongsian bersama..Sekian Salam....


0 comments:

 

Blog pelajar kump A

Blog pelajar kump B

Blog pelajar kump C

SMP2252Fienaz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template