Saturday, October 23, 2010

Jurnal Refleksi : Minggu 13


Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...

Selepas selesai pembentangan kesemua kumpulan, kelas diteruskan dengan sesi kuliah yang berjalan seperti biasa.Pada lembaran kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengajaran dalam kelas muzik tradsional iaitu Gendang 24 Musim. Sebelum ini saya pernah menyaksikan orang Cina bermain gendang ini terutama pada perayaan Tahun Baru Cina. Tetapi kini, saya mengikutinya dengan lebih mendalam dalam kelas muzik.

Secara ringkas , gendang ini telah diasaskan oleh seorang guru muzik, Encik Chen Wei Chong di Johor Bahru, Johor pada 12 Jun 1988.Gendang ini diimport atau dibeli dari negara China.Muzik ini berasaskan satu musim pertanian di negara China. Nama musim itu ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina.Musim besar (musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin) dibahagikan kepada 6 musim kecil. Musim kecil ini ada kaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Mengikut kalendar Cina, petani akan tahu masa mereka patut membajak tanah, menyemai, menuai dan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Koreografi pergerakan pemuzik juga mengikut aksi aktiviti-aktiviti pertanian dan mempamerkan suasana meriah.Semasa persembahan, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki Cina. Mereka juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang berwarna.Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaum Cina sahaja, malahan turut dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan. Ensembel ini menggunakan 24 buah gendang shigu, iaitu dram tarian singa.Ada juga menggunakan gendang longgu. Kedua-dua buah gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong.Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi.Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.





Pembentukan pasukan gendang 24 musim yang PERTAMA di DUNIA!!!! iaitu Pasukan Gendang 24 Musim Sekolah Menengah Foon Yew.Upacara perasmian ini dijalankan di Johor Bahru 'Old Chinese Temple' yang terletak di Jalan Trus. 12 orang ahli kaligrafi dari Malaysia dan Singapura dijemput untuk menuliskan 24 jie qi (perkataan Bahasa Cina)di tepi gendang yang melambangkan gabungan di antara seni tari, seni muzik dan seni tulis.Kini, terdapat lebih dari 100 pasukan Gendang 24 musim di Malaysia. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi. Pada 16 September 2007, Gendang 24 musim membuat permohonan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan agar menyenaraikan persembahan seni baru ini sebagai khazanah warisan budaya negara.






Pada tahun 1988, Persatuan Tionghua Johor Bahru menganjurkan Pesta Tarian Kesembilan yang bertemakan “Dance no.9”. En Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan Cina tempatan mencetuskan idea untuk membentukkan sebuah ensemble 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 ‘Jie Qi’ (musim) mengikut kalender tani di Tanah besar Cina. Idea ini mendapat respon yang baik dari seorang guru muzik yang pada ketika itu bertugas di Sekolah Menengah Foon Yew iaitu En. Tan Hooi Song. Beliau menggunakan pukulan gendang ‘shigu’ (sejenis gendang dalam tarian singa) dengan iringan koreografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh. Lantas lahirlah persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia.




立春 Li Chun- bermulanya musim bunga (mulai 4 Feb)
雨水 Yu Shui- air hujan (mulai 19Feb)
惊蛰 Jing Zhe- pembangkitan semula serangga (mulai 5 Mac)
春分 Chun Fen- Ekuinoks musim bunga (mulai 20 Mac)
清明 Qing Ming- terang dan nyaman (mulai 4 April)
谷雨 Gu Yu- hujan bijirin (mulai 20 April)
立夏Li Xia- bermulanya musim panas (mulai 5 Mei)
小满 Xiao Man- bijirin mula berisi (mulai 21 Mei)
芒种 Mang Zhong- bijirin masak (mulai 5 Jun)
夏至 Xia Zhi- Solstis musim panas (mulai 21 Jun)
小暑 Xiao Shu- bahang kecil (mulai 7 Julai)
大暑 Da Shu- bahang besar (mulai 22 Julai)
立秋 Li Qiu- bermulanya musim luruh (mulai 7 Ogos)
处暑 Chu Shu- tamatnya cuaca bahang (mulai 23 Ogos)
白露 Bai Lu- embun putih (mulai 7 Sept)
秋分 Qiu Fen- Ekuinoks musim luruh (mulai 23 Sept)
寒露 Han Lu- embun sejuk (mulai 8 Okt)
霜降 Shuang Jiang- turun fros (mulai 23 Okt)
立冬 Li Dong- bermulanya musim dingin (mulai 7 Nov)
小雪 Xiao Xue- salji kecil (mulai 22 Nov)
大雪 Da Xue- salji besar (mulai 7 Dis)
冬至 Dong Zhi- Solstis musim sejuk (mulai 21 Dis)
小寒 Xiao Han- cuaca semakin sejuk (mulai 6 Jan)
大寒 Da Han- cuaca paling sejuk (mulai 21 Jan)


Teruskan Membaca...

Tuesday, October 12, 2010

Jurnal Refleksi : Minggu 11



Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.....

Bertemu kita sekali lagi dalam Jurnal Refleksi edisi ke-11.Dalam edisi kali ini, pengisiannya sangat berbeza berbanding edisi sebelum ini. Saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan mengenai pembentangan kumpulan kami minggu lepas mengenai wayang kulit. Kami sangat teruja memandangkan kami kumpulan terakhir yang membuat pembentangan. Saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai belakang tabir hasil projek kami ini. Penyelidikan mengenai wayang kulit kami bermula dengan pertemuan kami dengan pelopor wayang kulit di ASWARA iaitu Pak Nasir yang banyak memberi input dan ilmu berguna mengenai wayang kulit ini.Kami sempat merakam latihan wayang kulit oleh pelajar-pelajar ASWARA ketika itu. Usaha kami diteruskan dengan perjumpaan kami bersama staf muzik untuk bekerjasama dalam persembahan demo wayang kulit sewaktu pembentangan kami.

Seterusnya, bermula la pembentangan kami. Perbentangan dimulakan dengan demo wayang kulit oleh staf muzik. Mereka telah berjaya menyampaikan persembahan demo dengan begitu baik sekali dan menghiburkan. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada staf muzik di atas kerjasama yang diberikan. Pembentangan dimulakan dengan saya selaku pembentang pertama.Saya telah menerangkan pengenalan dan sejarah wayang kulit. Kemudian diikuti oleh rakan saya yang telah menerangkan mengenai jenis-jenis wayang kulit,hasil kerja lapangan dan cabaran terhadap wayang kulit.

Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan persembahan kami dan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan. Terima Kasih di atas perhatian dan komen yang telah diberikan. Apa yang ingin saya kupaskan di sini mengenai rumusan pembentangan kami ialah cabaran wayang kulit ini. Rata-rata kita mendengar bahawa wayang kulit ini perlu dipertahankan warisannya dek ketinggalan ditelan zaman. Namun, saya dapat lihat usaha itu seperti dilaung-laungkan tanpa tindakan untuk mempertahankannya. Seperti yang telah dikatakan pelopor wayang kulit, Pak Nasir, wayang kulit merupakan tradisi masyrakat dan tradisi ini perlu dipertahankan kerana jika tidak, ia akan musnah diibaratkan perpecahan masyarakat jika tidak bersatu padu. Justeru, saya berpendapat sudah tiba masanya wayang kulit diketengahkan diperingkat antarabangsa mengikut jejak langkah Mak Yong yang telah pun mendapat perhatian masyarakat antarabangsa baru-baru ini. Tidak mustahil wayang kulit akan gah seperti persembahan warisan lain kerana masing-masing ada keunikan tersendiri. Jadi diharapkan warisan ini akan terus dipertahankan dan dipelihara agar suatu hari nanti wayang kulit ini akan masyhur di pentas dunia.

Diharapkan dengan pembentangan kumpulan kami ini telah memberi serba sedikit mngenai wayang kulit. Segala pertanyaan atau komen bolehlah diberikan untuk perkongsian bersama..Sekian Salam....


Teruskan Membaca...

Tuesday, October 5, 2010

Jurnal Refleksi : Minggu 10

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..

Pejam celik sudah Minggu 10 kita bersama..Pada edisi jurnal pada minggu ini, saya ingin berkongsi bersama kawan-kawan semua tentang pembelajaran sy pada kelas yg lalu.Pada minggu lepas, kita telah menyaksikan pembentangan daripada kumpulan Orkestra Cina Moden. Persembahan mereka sangat menarik kerana kita dapat menyaksikan sendiri kajian lapangan mereka ke tempat Orkestra Cina dengan alat muzik yg sgt unik. sebelum ini sy pernah melihat orkestra cina moden dimainkan di kaca televisyen tetapi setelah melihat pembentangan mereka, sy sgt kagum dgn pelbagai jenis alatan muzik yg sememangnya klasik dan tidak pernah dijumpai di mana-mana.

Saya ingin melahirkan rasa bangga kerana kawan-kawan kita telah turun sendiri mengkaji tentang alat-alat muzik cina moden ini yg sememangnya terpencil dan rata-rata tidak diketahui umum. Muzik cina moden ini hanya berkembang di kalangan masyarakat cina di Malaysia shj dan tidak mustahil hanya segelintir shj masyarakt luar sana yg ketahui tentang alat muzik ini. Berdasarkan hasil kajian mereka, didapati mereka menggunakan duit sndiri untuk menghasilkan alat muzik ini dan tiada peruntukan untuk mnyediakan tmpat belajar atau kelas muzik cina yang tetap. Mereka juga tidak mengnakan sebarang bayarn untuk melihat persembahan muzik orkestra mereka dengan tujuan untuk promosikan muzik mreka.

Saya berpendapat muzik sebegini harus diketengahkan dalam konteks 1 malaysia kerana Malaysia merupakan negara yg didiami oleh masryrkt majmuk. seperti mana yg kita sedia mklum, muzik merupakan elemen penting yg menjalinakn perpaduan kaum dan menyatukan kesemua kaum. justeru, tidak rugi kita mengembangkan muzik orkestra cina moden ke satu tahap yg tinggi agar perpaduan negara terus subur dengan diwarnai oleh kepelbagaian warisan an budaya setiap msyrakat. sy berpendapat orkestra cina moden perlu diketengahkan ke peringkat rendah lagi sehingga ke peringkat yg lbh tnggi agar setiap msyrakat dpt merasai nikmat prpaduan. Sekian Terima Kasih..


Teruskan Membaca...

Tuesday, September 28, 2010

Jurnal Refleksi : Minggu 9



Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..

Bertemu kita sekali lagi pd lembaran yg baru setelah hampir sebulan kita menyambut Syawal..Masih terasa lagi kemeriahan hari raya..
Baiklah, pada jurnal refleksi minggu ke9 ni,sy ingin berkongsi mengenai pengalaman ketika mengikuti kelas muzik tradisional. Kehangatan suasana pembelajaran kian terasa apabila Dekan Muzik iaitu Prof Dr Hassan sendiri telah turun padang dalam mepersembahkan persembahan muzik wayang kulit diiringi dengan staf muzik baru. Sy amat tertarik kerana prof sendiri sanggup meluangkan masa selama hampir 1 jam untuk bermain alat muzik yg pertama kalinya dipersmbahkan dlm kelas. Sy amat teruja krn dapat menyaksikan sendiri alat-alat muzik dimainkan secara live dan pensyarah muzik sndiri iaitu En Amran sempat lagi bermain alat muzik bersama dengan Prof. Banyak lagu dimainkan dan alunan muzik sgt indah dan merdu setiap kali dimainkan. Prof juga tidak lekok ilmu apabila berkongsi byk pengalaman beliau sepanjang beliau bergiat aktif dalam seni wayang kulit. Sy sempat merakamkan detik-detik indah itu untuk dijadikan kenangan dan untuk refleksi nanti.

Setelah selesai persembahan demo muzik daripada Prof dan staf baru muzik, kehangatan kelas diteruskan dengan persemabahan power point oleh kumpulan Mak Yong. Persembahan dimulakan dgn baik apabila kami semua diajar mengenai tarian Mak Yong oleh ahli kumpulan pembentang. Ternyata tarian Mak Yong sgt sukar untuk diikuti dan dipelajari krn lenggok tarinya yg sgt lembut dan lemah gemalai tetapi penuh dgn keunikan. Sy tidak berpeluang mengikuti tarian tersebut krn berbaju kurung ketika itu. Walaubagaimanapun sy dpt melihat kwn-kwn yang lain melakukan tarian itu dan rata-rata mereka dpt melakukannya dgn baik walaupun tidak 'selentur' penari Mak Yong..syabas diucapkan..

Selepas itu, pembentang menerangkan mengenai sejarah Mak Yong Kelantan. Cerita-cerita Makyung diambil dari Menora atau dipinjamkan dari cerita-cerita Wayang Kulit dan daripada cerita bangsawan kerana ini merupakan rumpun genre teater tradisional. Bagi Makyong di Kelantan tajuk cerita adalah berkait dengan nama watak utama dalam cerita. Contohnya Dewa Muda, Anak Raja Gondang, Raja Bongsu Sakti, Raja Tangkai Hati dan lain-lain. Satu cerita dalam persembahan Makyong adalah hasil dari gabungan gerak tari, nyanyian, muzik dan teks. Tema yang mendasari cerita-cerita Makyong adalah merupakan mitos percintaan anak-anak raja dan dewa-dewa, kisah pengembaraan dan juga kehidupan di istana, misalnya cerita Raja Tangkai Hati . Sungguhpun di tengah-tengah masyarakat petani dan nelayan mengatakan cerita-cerita Makyong juga berkaitan dengan dua alam iaitu alam dunia dan alam ghaib(alam keyangan Dewa-Dewi). Cerita-cerita Makyong membawa penonton untuk meneroka kehidupan di bumi, di laut dan di kayangan. Orang Kelantan berpendapat bahawa semua cerita Makyung mempunyai hubungan yang erat dengan dewa-dewa, tentang pengembaraan dewa-dewa atau anak-anak raja serta seringkali menyelitkan peristiwa-peristiwa ghaib. Oleh kerana itu cerita-cerita ini dianggap sebagai cerita roman dan saga. Sebagaimana yang dijelaskan tadi bahawa kisah dalam persembahan Makyung adalah berkisar kepada kisah raja-raja.

Seterusnya diterangkan mengenai struktur dlm cerita Mak Yong, estetika watak, alat muzik Mak Yong, irama, melodi, dan kostum Mak Yong yang meliputi kostum tradisional dan moden.

Secara keseluruhannya, persembahan Mak Yong daripada setiap pembentang sgt baik dan bagus. Walaupun masa tidak mengizinkan, tetapi langkah mereka dengan mengajar kami mengenai tarian May Yong harus dipuji kerana kesungguhan mereka untuk mengembalikan semula rentak dan perhatian pelajar terhadap pembentangan mereka..Syabas diucapkan.
Teruskan Membaca...

Saturday, September 4, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi





Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...

Semakin terasa bahang Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi. Jesteru sy ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan sepanjang sy mengikuti kelas muzik tradisional bersama rakan-rakan dan tidak lupa kepada pensyarah, En.Amran.

Baiklah sy teruskan kepada jurnal refleksi sy sepanjang kelas muzik pada minggu 8 dengan pembentangan kumpulan seterusnya yang mempersembahkan persembahan yg cukup memukau iaitu mengenai Menora. Sy cukup kagum dengan persembahan kumpulan ini yang sangat memberi komitmen terhadap tugasan sehingga dapat mempersembahkan dalam bentuk yg menarik dan terhibur. Sy sgt tertarik kepada semua pembentang yg sgt hebat dalam memberikan pendapat dan hujah mengenai persoalan yg dikemukakan. Rata-rata pembentang dapat memberikan jawapan yg sangat baik dan sy sgt kagum dengan persembahan demo yg dijayakan oleh setiap ahli kumpulan. Pada awalnya sy tidak berapa faham mengenai kisah 12 dalam persembahan Menora. Tetapi slp menyaksikan demo mereka, barulah sy fhm dan dpt gambaran sebenar mengenai penceritaan dalam Menora. Syabas sy ucapkan kepada Kumpulan Menora di atas kesungguhan dan kreativiti mereka. mmg tidak dapat dinafikan Muzik Menora semakin hilang 'garangnya' dalam arena muzik sekarang kerana pengaruh muzik moden. Namun, sy percaya sekiranya muzik ini ada peminatnya dan usaha yg sungguh2 dilakukan, tidak mustahil muzik ini akan terus subur dan diangkat sebagai muzik warisan yg terus terpelihara dari pupus ditelan zaman.

Oleh itu, sy berhrp agr pelajar smp2252 dapat mempelajari sesuatu mengenai persembahan Menora oleh kumpulan pembentang dan mengambil iktibar serta ilmu agar muzik ini terus dipertahankan.

Sampai di sini sahaja nukilan sy..Salam lebaran dan berhati2 pulang ke kampung..akhir kata dari sy, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.







Teruskan Membaca...

Saturday, August 28, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi





Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia…

Bertemu kita sekali lagi di Jurnal Refleksi Minggu 7. Alhamdulillah sy panjatkan kesyukuran kerana sy diberi kudrat untuk menulis jurnal dengan cerita baru dan pengalaman baru. Baiklah pd minggu ni kuliah berjalan seperti biasa tetapi dengan pengisian yang berbeza iaitu pembentangan setiap kumpulan dengan tugasan yang telah diberi. Pembentangan berlangsung dengan sangat baik daripada dua kumpulan iaitu dengan tajuk mereka Keroncong dan Kuda Kepang. Sebelum ini pensyarah telah menerangkan serba sedikit mengenai tajuk ini dalam kelas tetapi input ditambah dengan pembentangan kumpulan yang sangat menarik dengan tayangan video hasil kerja lapangan masing-masing. Ternyata tidak sia-sia segala usaha yang dilakukan oleh kedua-dua kumpulan apabila mereka mendapat pujian yang terbaik daripada pensyarah. Syabas diucapkan.

Baiklah sepanjang sy menyaksikan pembentangan kedua-dua kumpulan, dapatlah sy rumuskan daripada hasil kerja mereka. Sy pergi dahulu kepada tajuk kumpulan pertama iaitu keroncong.




KERONCONG

Ada pendapat yang mengatakan muzik keroncong dibawa oleh orang Portugis pada zaman mereka berkuasa di Asia Tenggara. Kemungkinan ada pendapat mengatakan bahawa alat-alat muzik yang berasal dari Barat digunakan dalam muzik keroncong seperti gitar, ukulele, biola dan sebagainya. Ada sejenis alat muzik traditional dari beberapa daerah di Portugal dan Sepanyol yang masih dimainkan dikenali sebagai ‘charanga’. Bentuknya seakan-akan ukulele. Oleh kerana alat itu sangat dominan dengan cara permainan ukelili, maka seni itu dikaitkan dengan seni muzik dari portugal.

Sejarah Keroncong di Malaysia

Muzik atau seni keroncong mula masuk ke Malaysia pada sekitar tahun 1940an.Di bawa masuk oleh masyarakat jawa yang merantau untuk berdagang atau mencari kerja. Selain mereka mencari nafkah mereka juga membawa kesenian mereka. Pada mulanya lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari Indonesia, tetapi lama kelamaan setelah perang dunia kedua, ada pencipta tempatan yang mencipta lagu keroncong seperti P. Ramlee, Zubir Said, Johan Bahar dan ramai lagi.

Evolusi Alat

Gelang Keroncong merupakan istilah yang telah digunakan sebelum Muzik Keroncong. Ukulele merupakan asal muzik keroncong. Ukelele diiringi oleh tempurung kelapa, kentung bambu, dan sebagainya. Pada awal abad ke-16, alat muzik rebana dimasukan kedalam alat muzik keroncong. Kemudian masuk pula alat muzik mandolin, tetapi hanya bertahan sehingga abad ke 19.

Alat Muzik Keroncong

Semua alat keroncong pada masa ini berasal dari Eropah. Setiap alat akan dimainkan mengikut corak rentak muzik masing-masing. Gitar, cuk,cak,cello dan double bass merupakan alat-alat pembawa rentak. Flute dan biola akan memainkan melodi. Adakalanya, alat muzik lain seperti vibrofon, gitar Hawaii, akordion atau keyboard akan digunakan untuk mengantikan alat melodi yang tidak ada.

Ciri-ciri Khas Muzik Keroncong

Muzik keroncong mempunyai 3 ciri khas iaitu form, jenis dan rentak.
Jenis-jenis Keroncong
• Keroncong Extra
• Keroncong Asli
• Keroncong Langgam
• Stambul




KUDA KEPANG

Tarian kuda kepang merupakan tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa. Nama lain seperti jaran kepang, kuda lumping Jathilan & ebeg. ‘Jaran’bermaksud kuda manakala ‘kepang’ bermaksud anyaman. Dibuat drpd buluh atau pandan yg dianyam dan papan lapis @ kulit lembu. Kulit kuda kepang yang diperbuat daripada baldu biasanya dijalankn untuk persembahan peringkat tinggi. Alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian ini ialah gendang jawa, gong, jidur, kenong kuda kepang, saron pekin, angklung dan bonang. Kostum kuda kepang terdiri daripada ketopang atau tengkolok, seluar yang dijahit dengan batik jawa dan merupakan pakaian tradisi jawa. Kuda kepang dipersembahkan dan dimainkan di tempat terbuka iaitu atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, tok bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik semakin pantas,kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.

Selain itu, setiap ahli turut mempersembahkan video hasil kerja lapangan. Banyak perkara yang sy peroleh yang sebelum ini sy tidak ketahui mengenai kuda kepang. Rupa-rupanya tiada pantang larang dalam mengendalikan kuda kepang ini. Cuma terdapat sedikit kemusykilan apabila diambil atau dirakam gmbr persmbhn kuda kepang, ia selalunya tidak menjadi. Cthnya, gmbr itu tiada kepala, tiada kaki dan kabur atau putih shj.

Demikianlah serba sedikit mengenai penerangan setiap kumpulan pembentang. Diharapkan kawan-kawan yang lain mendapat manfaat dan ilmu berguna dalam setiap hasil kerja kumpulan lain.








Teruskan Membaca...

Thursday, August 19, 2010

Minggu 6 : Jurnal Refleksi



Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...

Sedar tidak sedar sudah 10 hari umat Islam berpuasa.Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya, sy masih berpeluang untuk berkongsi segala isi pelajaran yg sy peroleh sepanjang berada dalam kelas muzik tradisional pada minggu ke 6. Untuk edisi kali ini, sy telah diperkenalkan dengan satu lagi muzik tradisional iaitu Mak Yong dan Kompang. Sy tidak kekok apabila mendengar dua perkataan ini kerana secara jujurnya sy pernah melihat dan menyaksikan sendiri muzik ini dimainkan. Cuma apa yg kekok bagi sy ialah esembel yg digunakan dalam Mak Yong dan pengalaman ketika bermain sendiri kompang dalam kelas.




MAK YONG

Definisi dan sejarah

Mak Yong terdapat di istana raja Melayu Pattani di selatan Siam lebih kurang 400 tahun dahulu dan kemudian berkembang ke Kelantan. Di Kelantan pula permainan ini telah wujud sejak 200 tahun dahulu. Menurut orang-orang tua permainan Mak Yong ini ada sejak sebelum Long Yunus memerintah Kelantan.
Timbul perkataan Mak Yong ini berasal dari cerita tentang anak raja. Ada seorang Raja Siam kemudiannya berkahwin. Hasil perkahwinannya dengan permaisuri Baginda di kurniakan seorang Puteri, Puterinya itu sukakan anjing.Lalu kemudiannya Raja tersebut memberikan patung anjing untuk di buat permainan. Setelah permaisuri itu besar dia tidak lagi sukakan pada patung anjing yang di hadiahkan oleh Ayahandanya itu, malahan ia mahukan anjing yang benar ( hidup ). Kehendaknya diikuti oleh ayahandanya it, tidak berapa lama kemudian terdengar khabar Puteri itu hamil dan mengikut cerita kehamilan Puteri itu adalah hasil perbuatan sumbang Puteri dengan anjing tersebut. Setelah peristiwa itu, diketahui oleh Sultan, Baginda menitahkan agar anjing itu dibunuh.
Setelah dibunuh anjing itu di tanam dan kemudiannya Puteri dapat tahu dimana anjing itu di tanam dan kemudiannya Puteri itu menggali semula kubur anjing itu dan mengambilnya semula rangka anjing itu. Oleh kerana terlalu kasihan pada Puterinya maka Raja kemudiannya menbuat satuu alat bunyian daripada kepala anjing itu untuk menghiburkan hati anaknya. Alat itu kemudiannya dipanggil Rebab. Alat inoi merupakan alat yang paling penting dalam permainan Mak Yong.
Puteri itu amat gembira memperolehi alat itu. Semasa alat bunyian dibunyikan ia diiringi oleh penyanyi dan tarian dayang-dayangnya. Maka dari sinilah bermulanya apa yang di panggil Mak Yong iaitu permainan yang melibatkan tarian dan nyanyian oleh dayang-dayang istana. Barangkali permainan ini berkembang ke Kelantan dan ini tidaklah menghairankan kerana kelantan amat dekat dengan Siam. Cerita ini mungkin terjadi di istana Raja melayu di Pattani memandangkan di sana juga ada permainan Mak Yong Sejas dahulu lagi.
Selain itu, ada pendapat mengatakan Mak Yong berasal dari kisah 2 orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Pada masa menjaga lembunya mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas pokok-pokok kayu di sekitar padang itu. Gerak-geri dahan, liuk-lintuk ranting, lambayang ranting dan lambayang daun serta gaya daun luruh berguguran ke bumi amat mengagumkan mereka dan inilah yang mewujudkan main Mak Yong.
Wersi lain pula mengatakan bahawa Mak Yong wujud dari unsure Magis dan ritual sebagaimana yang terdapat dalam upacara-upacara tertentu seperti pada zaman animisme. Antara upacara itu adalah memuja mak Hiang atau semangat ibu yang sentiasa menjaga semangat padi dan pemujaan ini kemudiannya berubah menjadi permainan Mak Yong.
Selain itu juga, ada pendaapat pula yang menyatakan bahawa Mak Yong ini berasal dari perlakuan 3 orang anak-baranak iaitu Paak Yong, yang bernama Cik Mubin, Mak Yong dann anaknya Awang. Pada suatu hari rebut melanda, Cik Mubin, Mak Yong dan Awang berada di bawah pokok besar. Pada masa itu daun-daun kering dan ranting-ranting rapuh jatuh berguguran kearah mereka anak-beranak. Cik Mubin atau Pak Yong cuba menahan ranting-ranting tadi dari menimpa ke atas mereka anak-beranak. Telatah 3 beranak itulah yang mewujudkan permainan Mak yong.





Alat Muzik dalam permainan Mak Yong

Muzik merupakan unsur penting dalam permainan Mak Yong, ini kerana setiap pergerakan setiap watak dalam cerita Mak Yong adalah berdasarkan bunyian muzik.
Kesinambungan Kumpulan muzik Mak Yong yang lengkap akan mengandungi alat-alat:
- Rebab
- Gendang ibu dan anak
- Geduk ibu dan anak
- Gong ibu dan anak
- Serunai
- Gedombak ibu dan anak
- Canang
- Kesi

Biasanya kumpulan muzik Mak yong tidak akan ada ke semua alat muzik yang di sebutkan tadi, tetapi sekurang-kukurangnya mengandungi alat-alat muzik seperti berikut:
- Rebab
- Gendang ibu dan anak
- Sepasang gong ibu dan anak
- Serunai

Ahli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan Tok Minduk duduk mengadap ke arah matahari jatuh. Ia memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 rentak yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Tok Minduk akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik.
Di dalam nyanyian suara dan rebab menyelenggarakan melodi, gendang dipukul bertingkah dan gong menandakan rentak atau bilangannya. Dalam Mak Yong serunai akan hanya dimainkan pada adegang-adegang puncak atau perang.

Tetawak atau gong
Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.

Gendang
Kedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.

Canang
Sepasang canang ibuu dan anak diperbuat dari tembaga. Terdapat juga canang anak dan ibu yang sama besar juga yang berbeza dari segi saiz. Canang ini dibezakan besar atau tidak berdasarkan dari segi bunyian sahaja. Sekiranya bunyi itu kuat ia dinamakan canang ibu dan sekiranya bunyinya rendah ia dikenali canana anak.

Kesi
Kesi mempunyai 2 bahagian, piring dan kicah ianya terdiri 4 piring atau 2 kicah. Ianya diperbuat dari besi atau tembaga. Ada juga kesi terdiri dari 2 piring dan 1 kicah. Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali.

Serunai
Serunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat dari bahan-bahan yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya.

Rebab
Rebab boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitui pucuk rebung, batang ,muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat 1 lubang luas 1 inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan ‘’ susu ‘’ atau ‘’ tetek ‘’. Fungsinya ahíla untuk mengembangkan tekanan udara atau sira. Pada masa dahulu tali rebab dio buat dari benang kasar tetapi sekarang menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola. Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Rebab merupakan alat muzik yang utama dalam permainan Maak Yong kerana rebablah yang menentukan tinggi rendahnya suara pemain Mak Yong menyanyi.




Pakaian pelakon Mak yong

Dalam satu-satu persembahan Mak Yong tidak memerlukan prop tetapi pakaian watak-watak adalah lengkap dan mahal harganya. Watak-watak penting dalam Mak Yong Muda diberikan nama khas dan setiap watak mempunyai pakaian lengkapnya sendiri walaupun untuk apa cerita sekalipun. Pakaian Mak Yong Muda hádala sama. Kedua-duanya memakai setanjak atau mahkota diperbuat dari balde khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Beberapa kuntum melur. Beberapa ikat bunga melur digantung pada atas telinga kiri.
Seabad yang lalu, Mak Yong Muda ( Watak Utama) memakai setangan batik dan 7 ulas ikatan bunga melur berjuntai dari telinga kiri. Lebih awal dari itu pakaian Pak yong Muda dipengaruhi gaya mempelai-mempelai diraja Patán dengan memakai setanjak yang diperbuat daripada sutera kuning dan dihiasi dengan bunga-bunga emas yang digantung pada rantai-rantai emas terjuntai di telinga kiri. Setanjak Pak Yong Tua dihiasi lebih indah daripada warna yang lebih tua.
Kedua-dua Pak Yong memakai baju sutera berwarna kuning , kemas, tidak berkolar, berlengan pendek. ‘’ Lai ‘’- atau hiasan dari manik-manik dan mutu manikam, labuhnya ingá hampir ke pinggang dipakai di atas baju. Semua pelakon tidak memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan pembesar-pembesar.
Pakaian Mak Yong Puteri juga hampir sama. Mereka memakai kebaya sutera dan berkerongsang emas dan permata. Sarung sutera diikat dengan tali pinggang dan mereka mempunyai pending batu permata dan lebih cantik dari pending Puteri Mak Yong. Sehelai kain sibar tergantung di bahu kiri, di selitkan pada pending dan panjangnya hingga ke paras lutut. Kain sibar ini biasanya bertekat benang emas, gelang kaki emas dan cincin pemberian dari raja.
Lain-lain pelakon yang mengambil bahagian ahíla watak dayang memakai kebaya dan sarung sutera tetapi tiada berpending atau kain sibar. Mereka memakai sanggul dan bunga melur dilekat pada sanggul. Peran-peran memakai baju pendek biasa, kain sarung dan sepasang seluar besar. Mereka juga memakai semutar daripada kain benang yang pada waktu yang lain juga boleh juga diikat ke pinggang.
Selain perkakas-perkakas ini Pak Yong juga membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera. Rotan ini digunakan untuk keperluan lain seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah untuk menyerupai gajah.

Tempat pertunjukan

Kerana persembahan Mak yong dikhaskan untuk hiburan di raja maka cerita-cerita Mak Yong dimainkan sekitar istana sahaja. Setelah ia menjadi lebih popular dan keluar dari istana barulah Mak Yong dipersembahkan untuk tontonan rakyat biasa.

Watak-watak dalam Mak yong
Watak-watak penting dalam sesebuah cerita Mak Yong:-

Pak Yong
Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita Mak Yong

Pak Yong Muda
Watak utama atau hero dalam cerita Mak Yong. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yong Muda.

Mak Yong
Juga Permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.

Puteri Mak Yong
Sebagai heroin dalam cerita Mak Yong

Peran
Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita Mak Yong. Peran Tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.

Dayang-Dayang
Terdiri daripada Gadis-gadis manis yang juga bertindak sebagai penari atau pengiring Mak Yong atau Puteri Mak Yong.

Rujukan : http://www.dikirbarat.net/forum/makyung/mok-yong/5/?wap2




KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.





Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Rujukan : http://rockapak.org/forum/index.php?topic=7044.0





Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump A

Blog pelajar kump B

Blog pelajar kump C

SMP2252Fienaz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template